MOA fokus modenisasi sektor pertanian

Salahuddin (tengah) bergambar bersama wakil-wakil Mardi sempena perasmian Hari Mardi bersama Komuniti Pekan Nenas di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Pekan Nenas hari ini.- Foto: BERNAMA
Salahuddin (tengah) bergambar bersama wakil-wakil Mardi sempena perasmian Hari Mardi bersama Komuniti Pekan Nenas di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Pekan Nenas hari ini.- Foto: BERNAMA
A
A
A

PONTIAN - [DIKEMASKINI] Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan menggunakan sebahagian besar peruntukan yang ditingkatkan kerajaan dalam Belanjawan 2020 bagi modenisasi sektor pertanian.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, fokus untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian turut menjadi agenda utama kementeriannya.

"Kita akan fokuskan kepada beberapa program yang mampu meningkatkan pendapatan petani seperti modenisasi di mana kita akan tingkatkan kajian berkaitan benih yang lebih bermutu.

"Kita juga akan memfokuskan terhadap penggunaan teknologi moden seperti artificial intelligent (AI) selain memastikan wujud peluang pekerjaan di sektor ini bagi membantu usahawan tani keluar dari B40 dan fokus terhadap agropreneur muda kita melalui geran-geran yang akan diberikan untuk memajukan bidang yang mereka ceburi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Penanaman Kelapa Rendah Peringkat Kebangsaan di Dewan Serbaguna Mukim Serkat di sini hari ini. Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata, kementeriannya komited meningkatkan pendapatan nelayan melalui penyertaan dalam bidang pertanian khususnya ketika berdepan musim tengkujuh.

Nelayan yang mempunyai tanah disaran mendapatkan bimbingan MOA untuk menceburi bidang pertanian kerana ia dapat mengurangkan kebergantungan nelayan terhadap elaun sara hidup termasuk menghadapi musim tengkujuh.

Sebanyak RM5 juta diperuntukkan MOA menerusi program Rezeki Tani yang memberi peluang keluarga daif dan miskin tegar untuk menerima bantuan berbentuk peralatan perniagaan bernilai RM10,000.

Artikel Berkaitan:

Program Rezeki Tani itu menyasarkan 500 peserta dari seluruh semenanjung. - Bernama