Saya tidak akan ganggu siasatan LTTE, kata PM

Tun Mahathir ketika sidang media berkenaan.
Tun Mahathir ketika sidang media berkenaan.
A
A
A

LANGKAWI - Pembabitan anggota kerajaan dalam kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) perlu dipandang serius.

Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak akan mengganggu tugas pihak polis dalam menyiasat serta mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak terlibat dalam kumpulan pengganas LTTE.

Menurutnya, semua pihak perlu menyerahkan kepada polis menyiasat dengan menggunakan undang-undang sedia ada yang masih berkuatkuasa.

"Saya yakin semua tindakan yang diambil oleh pihak polis adalah mengikut undang-undang yang betul.

"Polis menjalankan tugas dengan baik dalam menjaga soal keselamatan dan keamanan negara," katanya pada satu sidang media di Pejabat Lembaga Pembangunan Langkawi, hari ini.

Terdahulu pada 10 Oktober lalu, tujuh termasuk dua wakil rakyat dari DAP ditahan polis mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau Sosma kerana disyaki terlibat dalam aktiviti LTTE.

Terbaharu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lima lagi suspek ditahan didakwa mempromosi, menyokong, memiliki bahan dan mengagihkan dana yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak LTTE.

Artikel Berkaitan: