JPA iktiraf SUK Selangor, MBPJ: Amirudin

Amirudin Shari -Foto Bernama
Amirudin Shari -Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerima pengiktirafan Amalan Terbaik Pengurusan Nilai Perkhidmatan Awam ketika Seminar Pengurusan Nilai anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Rabu lalu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, kejayaan dan pengiktirafan itu dianggap bukti kesungguhan penjawat awam di Selangor menghayati budaya integriti dalam perkhidmatan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengutamakan ciri tadbir urus yang baik.

Ia katanya, seiring dengan nilai hasil reformasi institusi seperti Akta Kebebasan Maklumat, Dasar Penilaian Perolehan Secara sistem cut-off dan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT).

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Pejabat SUK Selangor dan MBPJ atas kejayaan ini.

“Semoga pengiktirafan ini menjadi pendorong kepada agensi lain untuk sama menjunjung prinsip nilai dalam sebarang gerak kerja bagi merealisasikan agenda Selangor Maju Bersama demi rakyat negeri ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: