Tanah runtuh, 24 unit kediaman diarah kosong

Keadaan tanah runtuh berdekatan kediaman penduduk di Apartmen Azalea.
Keadaan tanah runtuh berdekatan kediaman penduduk di Apartmen Azalea.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sebanyak 24 unit kediaman di Apartment Azalea, Kampung Sungai Penchala diarahkan kosong susulan kejadian tanah runtuh kira-kira jam 9 malam tadi.

Kejadian di Blok A itu dilaporkan berlaku selepas hujan lebat berterusan sejak jam 3 petang.

Menurut seorang penduduk di sini, Mohd Khairul Sutjonoh, 39, sewaktu kejadian itu dia sedang menonton perlawanan bola sepak sebelum dikejutkan bunyi kuat di bawah apartmen berkenaan.

Keadaan tanah runtuh berdekatan kediaman penduduk di Apartmen Azalea.
Keadaan tanah runtuh berdekatan kediaman penduduk di Apartmen Azalea.

"Apabila turun saya lihat penduduk sudah ramai dan mereka maklumkan tebing bahagian belakang sudah roboh akibat tanah runtuh," katanya kepada Sinar Harian.

Siti Nurhijah Hamid, 36, pula memberitahu, ketika kejadian dia tidak berada di rumah dan dimaklumkan mengenai insiden itu melalui aplikasi WhatsApp.

"Saya agak terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian ini kerana kami sekeluarga sudah menetap di sini sejak 13 tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Kejadian tanah runtuh sehingga menyebabkan 24 unit kediaman dia arah kosong JBPM.
Kejadian tanah runtuh sehingga menyebabkan 24 unit kediaman dia arah kosong JBPM.

"Saya dan keluarganya terpaksa menumpang sementara di rumah ibu mertua yang terletak berhampiran kawasan ini," katanya.

Sementara itu pemilik bangunan apartmen berkenaan, Azhari Arshad, 57, berkata dia bergegas ke kawasan tanah runtuh dan mendapati 50 peratus daripada tebing di belakang apartmen itu telah runtuh.

Azhari Arshad, Siti Nurhijah Hamid
Azhari Arshad, Siti Nurhijah Hamid

Azhari berkata, sebagai langkah keselamatan, bomba kemudiannya mengarahkan penduduk untuk mengosongkan apartment ini.

"Walaupun struktur bangunan ini nampak selamat tetapi pihak JBPM bimbang jika berlaku pergerakan tanah. Setakat ini pemantauan mendapati tiada lagi pergerakan tanah," katanya.

Selain itu Azhari berkata, kejadian berkenaan melibatkan 24 unit rumah dan 60 mangsa yang terdiri daripada penyewa di apartmen berkenaan.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan pihaknya akan menyediakan penempatan sementara kepada mangsa terlibat.

"Terima kasih kepada semua pihak antaranya polis, bomba, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan JKM yang mengulurkan bantuan kepada penduduk di sini," katanya.