86 individu ditahan terlibat pelaburan haram

Serbuan dibuat di sebuah premis di Livingstone House, Jalan Logan petang semalam.
Serbuan dibuat di sebuah premis di Livingstone House, Jalan Logan petang semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Seramai 86 individu terdiri 77 lelaki dan sembilan wanita ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Livingstone House, Jalan Logan di sini kerana disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan haram petang semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut (TL), Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, daripada jumlah itu, 71 lelaki dan lapan wanita adalah warga China manakala enam lelaki serta seorang wanita adalah warga tempatan.

"Kesemua suspek disyaki terlibat dalam sindiket pelaburan saham dari China. Ketika serbuan, semua penghuni premis itu sedang melayari komputer di ruang tamu dan disyaki terlibat dalam aktiviti penipuan pelaburan saham di China.

"Kesemua mereka ditahan bersama beberapa barang rampasan antaranya 55 komputer riba pelbagai jenama; 25 komputer pelbagai jenama; 460 buah telefon bimbit; 24 buah buku catatan, sebuah 'book tablet' dan set router," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mereka dipercayai menjalankan aktiviti itu sejak sebulan lalu.
Mereka dipercayai menjalankan aktiviti itu sejak sebulan lalu.

Che Zaimani berkata, polis turut menggunakan khidmat pakar judi dalam membuat pemeriksaan barang kes.

Beliau menambah, siasatan awal mendapati semua suspek warga China itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua menjalankan aktiviti pelaburan saham yang mensasarkan rakyat China dengan menggunakan peralatan komputer dan telefon bimbit sebagai medium komunikasi yang beroperasi di Malaysia sebagai pusat operasi. Mereka telah beroperasi di premis tersebut sejak sebulan lalu.

"Polis mendapati ketua sindiket yang dikenali sebagai Mr Wong dipercayai kini berada di China dan dia berperanan menghantar semua suspek warga China tersebut ke Malaysia. Lelaki yang dikenali sebagai Jackey yang berada di ibu negara bertindak sebagai pengurus kegiatan ini di Malaysia," katanya.

71 lelaki dan lapan wanita adalah warga China manakala enam lelaki serta seorang wanita adalah warga tempatan telah ditahan.
71 lelaki dan lapan wanita adalah warga China manakala enam lelaki serta seorang wanita adalah warga tempatan telah ditahan.

Jelasnya, gaji ditawarkan kepada suspek warga China adalah RMB4,000 (RM49,451) sebulan tidak termasuk komisen.

"Gaji pokok yang ditawarkan kepada pekerja warga tempatan adalah sebanyak RM1,600 sebulan dengan komisen mencecah RM10,000 sebulan. Kesemua suspek berusia 20 hingga 42 tahun itu kini direman untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63," katanya.