Lima lagi gajah mati lemas di Thailand

Enam gajah ditemui mati lemas di air terjun sama Sabtu lalu. - Foto Agensi
Enam gajah ditemui mati lemas di air terjun sama Sabtu lalu. - Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Lima lagi gajah ditemui mati di Taman Negara Khao Yai di Thailand selepas rakaman dron menemui bangkai haiwan itu di dalam air terjun.

Semalam Gabenor wilayah Nakhon Nayok, Natthapong Sirichana mengumumkan penemuan terbaharu itu di air terjun Haew Narok berhampiran lokasi sama enam gajah dijumpai mati lemas selepas terjatuh Sabtu lalu.

Penemuan menyayat hati itu sekali gus meningkatkan angka kematian kepada 11 ekor yang disifatkan sebagai kerugian besar buat populasi gajah liar di Thailand.

Pihak berkuasa percaya kesemua haiwan terbabit adalah daripada kawanan yang sama.

Sementara itu, pegawai penyelamat taman negara berharap kesemua bangkai gajah tersebut boleh diangkat menggunakan jaring besar yang boleh menampung berat sehingga 40 tan apabila ia menghampiri hiliran dari air terjun berhampiran empangan Khun Dan Prakan Chon di Nakhon Nayok.

Jaring itu juga bertujuan menghalang bangkai daripada mencemarkan takungan. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Enam gajah mati lemas tergelincir di air terjun

Artikel Berkaitan: