Tak adil label Kongres Maruah Melayu gagal

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Kongres Maruah Melayu di Stadium Malawati. - Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Tidak adil melabelkan Kongres Maruah Melayu sebagai gagal, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na'aman.

Beliau membidas kenyataan Presiden NGO Gerakan Pembela Ummah (Ummah). Aminuddin Yahaya yang disifatkan hanya mengkritik berdasarkan sebahagian ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kononnya negarawan kita tersebut didakwa merendahkan bangsa Melayu. Walhal bagi mereka yang waras, Tun menyatakan realiti sesetengah dari kita yang menolak untuk bekerja keras seperti warga asing di negara ini.

“Teguran Tun merujuk kepada sebilangan masyarakat Melayu yang masih hidup dibuai mimpi indah hanya mahu dibantu kerajaan serta rela menganggur daripada mencari kerja.

“Malah dalam ucapan Tun beliau masih mengakui terdapat anak-anak Melayu yang berjaya kerana cekal, rajin, berani dan sebagainya namun ia dilihat masih tidak menjadi budaya umum bangsa Melayu seperti mana kita menilai bangsa-bangsa maju di dunia hari ini seperti Jepun, Korea dan Jerman,” katanya dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: NGO kecewa ucapan Dr Mahathir dalam Kongres Maruah Melayu

Justeru Dr Muhammad Faiz mempersoalkan tindakan Aminudin yang menuduh kongres berkenaan tidak mencapai matlamat.

“Aminuddin bagaikan mempunyai masalah hati apabila cuba memberi gambaran salah seolah-olah resolusi-resolusi yang dibentangkan dalam Kongres Maruah Melayu tersebut tidak mendapat perhatian Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

“Ingin saya tegaskan di sini perjuangan alif ba ta (agama, bangsa dan tanah air) bukan milik eksklusif mana-mana parti politik, NGO atau orang perseorangan.

“Jangan rasa hanya diri kita sahaja yang kononnya layak untuk memperjuangkan semua tersebut sedangkan pihak lain pun ada cara dan pendekatan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Aminuddin dilaporkan berkata, kongres berkenaan gagal kerana ucapan Tun Dr Mahathir anti klimaks kerana menghina dan merendahkan semangat orang Melayu.