X

Kindly register in order to view this article
!

UiTM-Al Jazeera pacu kecemerlangan

A
A

KECEMERLANGAN Malaysia di peringkat global memerlukan sistem pengajian tinggi yang relevan, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan sejagat.

Sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa akan menghasilkan graduan yang berkebolehpasaran, mampu menarik lebih ramai pelajar antarabangsa dan menjana inovasi melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan.

Pengukuhan jaringan dan pengantarabangsaan merupakan pendekatan yang mampu mempertingkatkan keupayaan dan keperkasaan pengajian tinggi agar setanding dengan sistem pengajian tinggi yang terbaik di dunia.

Justeru jaringan industri antara UiTM dengan Aljazeera Media Network merupakan satu usaha yang penting dalam memastikan kurikulum yang bersifat distruktif, kolaboratif dan tersendiri (personalized). Usaha ini membolehkan pensyarah dan mahasiswa yang memperoleh pendedahan yang optimum, efektif dan holistik.

UiTM juga mencipta sejarah sebagai universiti awam pertama di rantau ini membentuk kerjasama dengan rangkaian media Aljazeera sebagai sebuah organisasi media bertaraf antarabangsa.

Pertemuan singkat deligasi UiTM selama sehari pada 9 Julai 2019 di Doha, Qatar, membuahkan hasil yang sangat positif antara dua buah negara. Selain menandatangani Nota Niat untuk Berkolaborasi (Letter of Intent to Collaborate), Al-Jazeera bersetuju untuk membuat lawatan balas ke UiTM pada 7 hingga 11 Oktober 2019.

Lawatan kerja Aljazeera ke Malaysia yang bermula esok, disusuli dengan menandatangani dokumen MOA antara Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM dengan Aljazeera. Dengan tema “Championing the truth” beberapa aktiviti di rangka di bawah perjanjian ini melalui program ‘UiTM – Aljazeera Week’.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pentingnya peranan media dalam menyampaikan berita, ilmu dan pendidikan untuk segenap audien serta menjadi medium yang menyatukan rakyat sesebuah negara tidak kira bangsa dan agama.

Program empat hari ini menjanjikan pengalaman interaktif bersama pakar rujuk yang diterbangkan khas dari Aljazeera, Qatar serta pakar-pakar media tempatan sendiri.

Bengkel yang akan dikendalikan oleh pakar dan pengamal media dari Aljazeera melibatkan 300 pelajar dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.

Bengkel yang seumpamanya dianjurkan di Doha didatangkan khas ke UiTM bagi berkongsi pengalaman mengenai dunia kewartawanan dan penyiaran termasuklah berita penyiasatan dan berita perang yang sinonim dengan liputan Aljazeera.

Gabungan kepakaran dua negara ini di samping cara kerja yang berbeza ruang lingkup dan perspektifnya diharap dapat membantu golongan sasar menjadi pengamal media yang lebih celik media, lebih tersohor, secara teori mahupun praktik di era masa kini.

Kerjasama ini menumpukan komitmen dalam hubungan dua hala yang erat untuk kerjasama bidang latihan industri bidang kewartawanan, penyiaran, komunikasi media, perhubungan awam, pengiklanan, penerbitan dan latihan serta sangkutan industri kepada staf akademik.

Sebagai komitmen awal, Aljazeera juga bersetuju untuk menerima sepuluh pelajar perintis menjalani latihan industri di Doha, Qatar awal tahun hadapan.

Selain menjalin kerjasama dalam melaksanakan program MBA (Master of Business Administration- Media Managment) UiTM-Aljazeera di Doha, Qatar.

Jalinan kerjasama ini selari dengan hasrat pengantarabangsaan universiti melalui pengukuhan jaringan dan pengantarabangsaan ini dapat dicapai melalui kolaborasi penyelidikan, penawaran pengajian yang relevan.

Selain penubuhan pelbagai kursi pengajian di institusi pengajian tinggi luar negara dalam usaha membina reputasi antarabangsa.

Pada masa yang sama, pelbagai usaha akan dilakukan untuk memperoleh pengiktirafan antarabangsa bagi program pengajian tinggi Malaysia.

Pengiktirafan program pengajian tinggi Malaysia seperti program kembar (twinning) dengan universiti luar negara perlu dipergiatkan.

Matlamat kerjasama UiTM-Aljazeera juga usaha menjadikan Malaysia sebagai hub kecemerlangan pengajian tinggi di peringkat antarabangsa. Jaringan industri dan komuniti juga merupakan salah satu elemen dalam ekosistem Pendidikan 5.0.

Usaha ini juga untuk memastikan UiTM kekal berdaya saing dan terkehadapan dalam industri pendidikan global, dan mampu memberikan satu ekosistem pembelajaran yang dinamik.

Selain jaringan industri program-program akademik, aktiviti-aktiviti mahasiswa serta penerapan penyelidikan di dalam bilik kuliah merupakan elemen lain yang perlu hadir untuk menyempurnakan ekosistem Pendidikan 5.0.

Kerjasama ini bagi mewujudkan peluang bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai perkara bersifat kepentingan bersama dan gabungan program akademik.

Jalinan ini juga diharapkan untuk melihat lebih ramai pengamal media tempatan mengembangkan bakat mereka sehingga ke tahap global dan membanggakan Malaysia di persada dunia. Kerjasama ini menunjukkan sokongan berterusan UiTM terhadap visi Malaysia dalam menyediakan pendidikan bertaraf dunia.

*Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman ialah Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!