Tentera AS mohon maaf tweet jenaka gugur bom

Kira-kira sejuta orang berkumpul di Times Square untuk menyambut tahun baharu selain menyaksikan bola kristal gergasi diturunkan secara perlahan pada sebatang tiang semasa sambutan itu.
Kira-kira sejuta orang berkumpul di Times Square untuk menyambut tahun baharu selain menyaksikan bola kristal gergasi diturunkan secara perlahan pada sebatang tiang semasa sambutan itu.
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Tentera Amerika Syarikat (AS) memohon maaf berhubung jenaka mahu menggugurkan bom di Times Square, New York sempena sambutan Tahun Baharu 2019.

Dalam mesej yang disiarkan menerusi Twitter itu semalam, Pusat Strategik AS (Stratcom) berkata pihaknya sedia menggugurkan sesuatu yang lebih besar daripada bola kristal yang secara tradisinya digunakan pada sambutan itu.

Bagaimanapun Stratcom kemudiannya memadamkan status itu sebelum mengeluarkan permohonan maaf berhubung kenyataan awal yang dimuat naik. - Agensi

Artikel Berkaitan: