Kerajaan sedia kembalikan GST: PM

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan bersedia untuk mengembalikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya rakyat mahukannya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kajian semula perlu dilakukan sekiranya GST dikembalikan.

"Kalau rakyat percaya bahawa GST lebih baik, kita akan kaji.

"Kalau itu kehendak rakyat kita akan kaji sama ada lebih daripada SST," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, perlaksanaan semula GST tidak akan dimasukkan ke dalam pembentangan Belanjawan 2020, minggu depan.

"Susah sikit (masukkan GST), mungkin lain kali," katanya.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Ahmad Yazid Othman berkata, kerajaan perlu bersikap ‘berani kerana benar’ jika mendapati pengenalan semula GST dilihat sebagai penyelesaian terbaik dalam merancang dan menguruskan kewangan negara bagi menjamin kemakmuran bersama.

Artikel Berkaitan: