Kelantan catat penurunan pendaftaran sekolah

Muhammad Zahari membuat pemantauan hari pertama sesi persekolahan di Maktab Sultan Ismail, pagi tadi.
Muhammad Zahari membuat pemantauan hari pertama sesi persekolahan di Maktab Sultan Ismail, pagi tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Pendaftaran murid tahun satu seluruh Kelantan tahun ini turun hampir satu peratus iaitu 15,358 berbanding tahun lalu.

Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan, Muhammad Zahari Othman berkata, seramai 7,973 daripadanya merupakan murid lelaki, manakala selebihnya perempuan.

Jumlah hampir sama bagi murid pra sekolah iaitu 16,685 yang memulakan sesi persekolahan hari pertama dengan 8,410 lelaki dan 8,275 perempuan.

Menurutnya, penurunan peratusan turut berlaku terhadap pelajar tingkatan satu di negeri yang mencatatkan penyusutan sebanyak 0.72 peratus.

"Kita memperoleh data seramai 97,340 pelajar memulakan sesi persekolahan di peringkat menengah, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar tahun ini ialah sebanyak 290,782," katanya selepas membuat pemantauan hari pertama sesi persekolahan di SK Zainab 1, pagi tadi.

Jumlah itu katanya, termasuk pelajar yang memulakan persekolahan di Kolej Vokasional seramai 2,838.

Artikel Berkaitan: