Bekalan petrol dan diesel mencukupi

Anggota penguatkuasa KPDNHEP Kelantan membuat pemeriksaan di stesen minyak sempena operasi tahun baharu.
Anggota penguatkuasa KPDNHEP Kelantan membuat pemeriksaan di stesen minyak sempena operasi tahun baharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Bekalan petrol dan diesel di negeri ini mencukupi dan semua stesen minyak di negeri ini tidak berdepan masalah bekalan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNHEP) Kelantan, Khalid Tik berkata, pihaknya membuat pemantauan secara menyeluruh di 180 buah stesen minyak di Kelantan.

“Kakitangan kami telah mengadakan operasi dan pemeriksaan di stesen minyak dan premis perniagaan berkaitan.

“Antaranya stesen minyak sekitar Rantau Panjang, Chiku di Gua Musang dan Tanah Merah. Namun tiada sebarang kes dilaporkan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Tambahnya, pada masa sama juga pemeriksaan lain turut dijalankan seperti alat penimbang, tanda harga dan kelengkapan persekolahan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan ditetapkan.

Artikel Berkaitan: