Tiada kejadian culik di Puchong Permai

Kiri: RISIKIN
Kanan: Rakaman suara yang tular di media sosial.
Kiri: RISIKIN Kanan: Rakaman suara yang tular di media sosial.
A
A
A

PUCHONG - Polis menafikan dakwaan seorang wanita melalui rakaman suara yang tular di media sosial mengatakan terdapat seorang kanak-kanak diculik berhampiran kawasan Puchong Permai.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, pihaknya telah mengarahkan Ketua Polis Balai Bukit Puchong untuk berjumpa dengan beberapa pemilik kedai berhampiran kawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat berhubung kes itu.

Menurutnya, beberapa pemilik kedai terlibat turut menafikan berlakunya kejadian culik seperti dakwaan melalui rakaman suara itu.

"Pihak terlibat memaklumkan ada mendengar cerita mengenai kejadian itu yang dianggap mampu menimbulkan keresahan orang awam," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Terdahulu tular rakaman suara seorang wanita melalui laman sosial yang mendakwa berlakunya kes culik seorang kanak-kanak di hadapan sebuah kedai berhampiran kawasan Puchong Permai.

Artikel Berkaitan: