Saya tak lari: ADUN Paya Jaras

MOHD KHAIRUDDIN
MOHD KHAIRUDDIN
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman menjelaskan beliau tidak turun padang meninjau keadaan penduduk yang berteduh di khemah terbuka selepas kediaman mereka dirobohkan kerana faktor keselamatan.

Menurut Mohd Khairuddin, pihak berkuasa menasihati beliau untuk tidak turun ke lokasi berkenaan buat sementara waktu.

Walaupun tidak turun padang, Mohd Khairuddin memaklumkan pihaknya tetap menggerakkan bantuan kepada penduduk terlibat.

"Saya tetap meminta bantuan dihantar kepada penduduk yang tinggal di khemah terbuka. Difahamkan ada lima keluarga di sana.

"Selain itu sebuah keluarga yang mempunyai anak kurang upaya sudah menerima tawaran rumah LZS (Lembaga Zakat Selangor)," katanya menerusi segmen bual bicara yang disiarkan Utusan Online hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, operasi perobohan terpaksa dilakukan berikutan pihaknya perlu berlaku adil terhadap masyarakat setempat yang berdepan isu banjir khususnya di kawasan Paya Jaras Hulu, Paya Jaras Hilir, Paya Jaras Tengah dan Paya Jaras Dalam.

Beliau memaklumkan kerajaan negeri pernah ditegur oleh Jabatan Audit Negara sebelum ini berikutan pelaksanaan projek tebatan banjir itu masih tertangguh sehingga kini.

"Setiausaha Kerajaan Negeri juga sudah dua kali dipanggil oleh Jabatan Audit Negara (berhubung kelewatan projek banjir ini). Ada juga penduduk setempat yang kecewa kerana masalah banjir tidak selesai.

Artikel Berkaitan:

"Pada saya, kalau projek pelebaran sungai ini tak diselesaikan sekarang sampai bila pun isu ini tidak akan selesai," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah dirobohkan mengikut prosedur, kata ADUN Paya Jaras

'Rumah diroboh, kami terpaksa tinggal dalam khemah'

'Kami akan pindah esok, tapi...