Penduduk mula kosongkan tapak penempatan sementara

Sebahagian penduduk sedang mengemaskan barangan mereka untuk berpindah keluar dari tapak khemah hari ini.
Sebahagian penduduk sedang mengemaskan barangan mereka untuk berpindah keluar dari tapak khemah hari ini.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Penduduk yang tinggal dalam khemah selepas kediaman berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras dirobohkan mula mengosongkan tapak penempatan sementara itu hari ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati hanya sebahagian penduduk masih berada di khemah berkenaan untuk mengemas barangan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Paya Jaras, Azroy Abdul Manaf berkata, semua penduduk yang berteduh di khemah itu telah mendapat rumah sewa baharu dan akan mula mengosongkan tapak berkenaan hari ini.

"Semalam masih ada lagi 15 keluarga namun hari ini semua mereka akan berpindah keluar dari kawasan ini," katanya pada sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Azroy berkata, terdapat beberapa keluarga terpaksa menumpang di rumah saudara terlebih dahulu berikutan tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar deposit sewa.

Menurutnya, pihaknya ada mengumpulkan sumbangan daripada orang ramai bagi membantu menambah bayaran deposit rumah sewa penduduk terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami akan pindah esok, tapi...'

'Rumah diroboh, kami terpaksa tinggal dalam khemah'

Artikel Berkaitan:

Rumah dirobohkan mengikut prosedur, kata ADUN Paya Jaras