Permas akan hantar memorandum, gesa campur tangan MB

Ismail (empat dari kanan) ketika sidang media berhubung isu perobohan kediaman penduduk Sungai Kedondong, Paya Jaras hari ini.
Ismail (empat dari kanan) ketika sidang media berhubung isu perobohan kediaman penduduk Sungai Kedondong, Paya Jaras hari ini.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Majlis Permaufakatan Ayahanda Malaysia (Permas) akan menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bagi menuntut penjelasan berhubung isu perobohan rumah berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras.

Presidennya, Datuk Ismail Awang berkata, pihaknya amat kecewa dengan tindakan kerajaan negeri yang merobohkan kediaman penduduk terlibat tanpa menyediakan penempatan dan kemudahan selesa buat mereka.

Ismail berkata, memorandum tersebut akan dihantar kepada menteri besar dalam tempoh seminggu bermula hari ini.

"Kita mahukan penjelasan daripada kerajaan negeri berhubung tindakan perobohan ini yang dilihat menindas penduduk terlibat," katanya ketika sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, pihaknya memahami kediaman penduduk terlibat dibina di atas tanah rizab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) namun kerajaan negeri seharusnya mempunyai sifat perikemanusiaan di atas nasib pihak terlibat.

Katanya, pimpinan Kerajaan Selangor juga sewajarnya turun padang bagi melihat sendiri permasalahan penduduk terlibat yang berteduh di bawah khemah terbuka di sini.

"Lebih mengecewakan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman juga langsung tidak turun padang bagi melihat keadaan penduduk terlibat.

"Penduduk yang berteduh di sini terpaksa tinggal dalam keadaan cuaca jerebu serta serba kekurangan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN 'Kami akan pindah esok, tapi...'

Artikel Berkaitan: