Rekod IPU Pekanbaru naik 500

Penunggang motosikal terpaksa menutup hidung ketika melalui sebuah jalan di Kampar, Riau. -Foto AFP
Penunggang motosikal terpaksa menutup hidung ketika melalui sebuah jalan di Kampar, Riau. -Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Kualiti udara di Pekanbaru, Riau hari ini meningkat ke tahap paling teruk dalam tempoh empat tahun akibat jerebu yang berpunca daripada kebakaran di wilayah itu terutama di wilayah jiran, Jambi dan Sumatera Selatan.

Pada jam 10 pagi tadi (waktu tempatan), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pekanbaru melonjak melebihi 500 sekali gus menjadikannya rekod tertinggi sejak episod jerebu terburuk di Indonesia pada 2015.

Bacaan itu bagaimanapun semakin turun menjelang petang sehingga ke 400.

Pada 2015, rekod bacaan jerebu di Pekanbaru melebihi 600.

Sejak 1997, Indonesia sering mengalami jerebu akibat kebakaran yang kebanyakannya berpunca daripada petani dan syarikat yang membersihkan tanah menggunakan teknik tebas serta bakar untuk menjimatkan kos.

ARTIKEL BERKAITAN:

Suspek bakar hutan kini cecah 249 orang

Jerebu: Penduduk mula berpindah sementara

Artikel Berkaitan:

Jumaat lalu, polis Indonesia menamakan 19 lagi suspek di bawah siasatan sama untuk menentukan sama ada kebakaran hutan dan kawasan pertanian di Sumatera dan Kalimantan yang mencetuskan jerebu teruk dan kini merebak ke Singapura dan Malaysia dilakukan secara haram atau sengaja.

Antara yang dinamakan sebagai suspek baharu adalah enam syarikat di wilayah Riau, Jambi, Kalimantan Tengah, Kalimantan Barat dan Sulawesi Selatan.

Jelasnya, polis juga sedang menyiasat dakwaan bahawa pembakaran terbuka itu dilakukan secara terancang.

Tangkapan terbaharu itu, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan suspek kini mencecah 249 orang susulan 230 ditahan selepas disyaki terlibat dalam pembakaran hutan di pulau utama di negara itu pada Rabu lalu.

Ia termasuk tiga lelaki yang ditangkap pada Isnin lalu ketika cuba membersihkan kawasan pertanian di Taman Negara Tesso Nilo yang menjadi habitat kira-kira 140 spesies terancam gajah liar. - Agensi

Satelit Aqua NASA menunjukkan kawasan tanah gambut yang musnah dalam kebakaran hutan dan kawasan pertanian yang mencetuskan jerebu toksik di Indonesia, Malaysia, Singapura serta selatan Thailand. -Foto AFP
Satelit Aqua NASA menunjukkan kawasan tanah gambut yang musnah dalam kebakaran hutan dan kawasan pertanian yang mencetuskan jerebu toksik di Indonesia, Malaysia, Singapura serta selatan Thailand. -Foto AFP