Jerebu: Penduduk mula berpindah sementara

Sebahagian penumpang baru tiba di Medan mengambil barang-barang yang dibawa dari Riau. - Foto Kompas
Sebahagian penumpang baru tiba di Medan mengambil barang-barang yang dibawa dari Riau. - Foto Kompas
A
A
A

PEKANBARU - Keadaan jerebu yang semakin serius ekoran kebakaran hutan di Riau menyebabkan ada penduduk tempatan mula berpindah sementara ke kawasan berdekatan.

Perpindahan itu menyebabkan pertambahan bilangan penumpang bas dari Pekanbaru ke Medan sejak tiga minggu lalu berbanding sebelum ini.

Seorang kakitangan syarikat bas CR Makmur, Viktor Butar berkata, kebiasaannya bilangan penumpang bertambah hanya semasa cuti sekolah, musim perayaan dan tahun baru.

"Bagaimanapun sejak tiga minggu lalu, bas Makmur melalui Medan telah bertambah kira-kira 10 peratus.

"Para penumpang turun dari beberapa laluan seperti Tebingtinggi, Lubuk Pakam, Tanjung Morawa, Medan, Binjai Stabat dan beberapa lokasi lain.

Tambahnya, aduan yang diterima daripada pemandu bas pula adalah masalah jerebu menyebabkan jarak penglihatan kini hanya 50 meter berbanding biasa 200 meter.

Justeru, pemandu memandu lebih perlahan dan menjejaskan masa perjalanan yang sepatutnya hanya setengah jam menjadi satu jam. - Agensi

Artikel Berkaitan: