X

Kindly register in order to view this article
!

Galak syarikat saji makanan hospital swasta mohon sijil halal

Majlis penyerahan sijil halal kepada unit sajian makanan Total Meal Solution Hospital Pakar KPJ Pahang diadakan Khamis lalu.
A
A

KUANTAN - Semua syarikat sajian makanan wad hospital kerajaan di negeri ini mempunyai Sijil Halal Malaysia namun hanya satu hospital swasta menerima sijil tersebut iaitu Total Meal Solution, Hospital Pakar KPJ Pahang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Noridzuan Abdul Manan berkata, pengiktirafan itu sekali gus menjadikan Hospital Pakar KPJ Pahang sebagai hospital pertama memiliki sijil halal.

Noridzuan berkata, dengan pengiktirafan tersebut pihaknya berharap agar ia menjadi langkah awal bagi hospital swasta yang lain untuk memohon sijil halal.

Menurutnya, proses memohon Sijil Halal Malaysia tidak rumit di mana pemohon hanya perlu membayar RM200 bagi tempoh dua tahun pemilikan sijil berkenaan dengan segala syarat seperti maklumat berkenaan bahan mentah serta segala aspek kebersihan dipenuhi.

"Terdapat 11 hospital kerajaan dan enam hospital swasta utama yang menyediakan khidmat penyajian makanan di wad. Daripada jumlah itu, hanya satu unit di hospital swasta yang ada sijil halal iaitu Hospital Pakar KPJ Pahang.

"Bahagian Halal JAIP optimis mengadakan kempen serta turun padang untuk memberi kesedaran kepada lebih banyak lagi hospital swasta untuk turut serta memohonnya.

"Antaranya melaksanakan siri kempen dan promosi halal di hospital swasta sekitar Kuantan bagi menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan makanan halal," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Majlis penyerahan sijil halal kepada unit sajian makanan Total Meal Solution Hospital Pakar KPJ Pahang diadakan Khamis lalu.
Majlis penyerahan sijil halal kepada unit sajian makanan Total Meal Solution Hospital Pakar KPJ Pahang diadakan Khamis lalu.

Beliau berkata, pihak kini sedang menjalankan Kempen dan Promosi Halal Unit Sajian dan Kafeteria Hospital Swasta Daerah Kuantan termasuk di Unit Sajian, Dietetik dan Kafeteria di beberapa buah hospital swasta daerah Kuantan.

"Kempen tersebut bertujuan memberi maklumat berkaitan pensijilan halal serta menggalakkan pihak hospital memohon sijil halal.

"Selain dari menyediakan makanan yang mematuhi nutrien, mematuhi prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, pihak hospital juga turut berminat bagi menyediakan makanan yang mematuhi prinsip syarak dan disahkan halal," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!