Pahang kutip RM74.3 juta hasil royalti mineral, emas paling tinggi

Wan Rosdy. - Foto Jabatan Penerangan Pahang.
Wan Rosdy. - Foto Jabatan Penerangan Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Kutipan hasil royalti perlombongan mineral di Pahang bagi tempoh Januari hingga 24 November lalu meningkat kepada RM74.3 juta berbanding RM63.4 juta tahun lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, emas menyumbang kutipan tertinggi iaitu RM48 juta diikuti bijih besi, RM20.1 juta dan bauksit, RM2.7 juta.

Menurutnya, jumlah kutipan itu turut mineral lain termasuk silika RM1.5 juta, bijih timah, RM1.29 juta, mangan RM640,000, galena RM14,700 dan kaolin RM8,400.

“Hasil daripada aktiviti perlombongan dan pegeluaran mineral merekodkan RM92.441 juta pada 24 November tahun ini berbanding RM80.232 juta tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Hassan Omar (Pas-Lanchang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada industri hiliran bagi meningkatkan nilai tambah sumber mineral dan memperkukuh sektor pembuatan di negeri ini.

Beliau berkata, ke arah itu, Pahang telah meluluskan. cadangan pembangunan kilang pengeluaran aloi mangan di Gebeng dengan nilai pelaburan kira-kira RM1 bilion.

"Kilang itu dijangka mula beroperasi pada 2027 dan berpontensi menyokong rantaian bekalan industri besi dan keluli,” katanya.

Jelas beliau, Pahang Gold Sdn Bhd, anak syarikat Pahang Mining Corporation kini meneroka penghasilan jongkong emas dan barang kemas bagi meningkatkan nilai tambah sumber emas tempatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!