'Waris tanah' bantah pengambilan Kampung Baru

Azrul Azri (depan kanan) bersama pemuda yang mendakwa sebagai waris dan pemilik tanah di Kampung Baru mengadakan Himpunan di luar pekarangan Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur hari ini.
Foto: ROSLI TALIB
Azrul Azri (depan kanan) bersama pemuda yang mendakwa sebagai waris dan pemilik tanah di Kampung Baru mengadakan Himpunan di luar pekarangan Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur hari ini. Foto: ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa orang pemuda yang mendakwa mereka sebagai waris dan pemilik tanah di Kampung Baru hari ini mengadakan Himpunan di luar pekarangan Dewan Perdana Felda di sini bagi membantah cadangan pembangunan semula kawasan tersebut oleh kerajaan.

Mereka hadir lengkap mengenakan pakaian serba hitam dengan membawa sepanduk yang tertera tulisan mempertahankan Kampung Baru.

Wakil jurucakap kumpulan berkenaan, Azrul Azri Mohd Sani berkata, dalam isu tersebut kerajaan jelas bersikap meminggirkan suara belia di kawasan berkenaan.

Azrul Azri (depan, kanan) bersama pemuda yang mendakwa sebagai waris dan pemilik tanah di Kampung Baru mengadakan Himpunan di luar pekarangan Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur hari ini.
Foto: ROSLI TALIB
Azrul Azri (depan, kanan) bersama pemuda yang mendakwa sebagai waris dan pemilik tanah di Kampung Baru mengadakan Himpunan di luar pekarangan Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur hari ini. Foto: ROSLI TALIB

"Majlis Perbadanan Kampung Baru dan Kementerian Wilayah tidak memanggil kami untuk berkongsi, apakah pelan pembangunan yang mereka mahu lakukan.

"Mereka juga seperti mahu mengambil kesempatan dalam kesempitan dengan keadaan ekonomi sekarang yang teruk, mereka tawarkan seperti bulan dan bintang, yang kita tidak tahu apa pucuk pangkalnya," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia berharap agar pewaris dan pemilik tanah di kawasan berkenaan berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengambil tindakan untuk menjual tanah-tanah milik mereka kepada kerajaan.

"Saya berharap pewaris dan pemilik tanah berfikir banyak kali sebelum mengambil sebarang tindakan dan keputusan," katanya.

Artikel Berkaitan: