JPJ Perak lelong 105 kenderaan sita

Severinus menunjukkan antara kenderaan yang akan dilelong pada 25 September ini.
Severinus menunjukkan antara kenderaan yang akan dilelong pada 25 September ini.
A
A
A

IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan mengadakan lelongan awam melibatkan 105 kenderaan hasil sitaan bahagian penguatkuasaan termasuk beberapa kereta mewah pada 25 September ini.

Pengarah JPJ negeri, Severinus Tukah berkata, lelongan tersebut membabitkan 81 kereta, 20 motosikal, tiga van dan sebuah lori.

Menurutnya, antara kenderaan yang menjadi tumpuan adalah kereta jenis BMW 5 Series, Toyota Estima, Toyota Alphard dan Honda Odyssey.

"Dokumen lelongan kenderaan berkenaan berharga RM70 telah mula dijual sejak 10 September lalu di Unit Kewangan JPJ Perak sehingga 24 September ini.

"Pembida yang berminat perlu mendapatkan dahulu dokumen berkenaan dengan membawa bersama salinan kad pengenalan," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, semua kenderaan terbabit dipamer untuk pemeriksaan awam bermula hari ini hingga 20 September.

Artikel Berkaitan: