X

Kindly register in order to view this article
!

Jerebu: Wisma Putra sudah menghubungi Indonesia

Jarak penglihatan sekitar ibu kota terbatas ekoran jerebu dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan 148 iaitu tidak sihat ketika gambar ini dirakam pada 4 petang tadi. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Wisma Putra secara rasminya telah menghubungi kerajaan Indonesia memaklumkan mengenai keadaan jerebu yang semakin teruk di negara ini.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok mendapatkan keputusan seterusnya bagi mengatasi masalah tersebut.

Menurutnya, langkah seterusnya diserahkan kepada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin untuk mencari kaedah terbaik agar masalah jerebu dapat diatasi.

“Hubungan diplomatik antara Malaysia, Indonesia sangat kuat dan kukuh walaupun berlaku jerebu di negara ini dan kita akan mencari formula dan kaedah terbaik agar ia dapat diatasi,” katanya.

Saifuddin berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Pertukaran Program Bola Keranjang Malaysia-China yang turut dihadiri Duta China ke Malaysia, Bai Tian di Wisma MABA Kuala Lumpur hari ini.

Sri Aman, Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 367 iaitu tahap bahaya hari ini berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan sempadan Kalimantan, kata Jabatan Alam Sekitar (JAS).

JAS dalam satu kenyataan hari ini berkata, Sri Aman mencatatkan bacaan IPU 367 pada jam 10 pagi hari ni.

"Empat stesen yang mencatatkan IPU pada tahap sangat tidak sihat hari ini disebabkan oleh jerebu merentas sempadan dan juga beberapa kejadian kebakaran kecil di kawasan belukar dan kebun persendirian yang dilaporkan di Johan Setia, Klang, Selangor.

"Empat stesen yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat ialah Johan Setia (235), Kuching, Sarawak (220) serta Nilai (205) dan Port Dickson (213) di Negeri Sembilan.

"Kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia masih menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang pantai barat dan selatan Semenanjung Malaysia, bahagian barat Sarawak dan sekitar Tawau dan Sandakan, Sabah,” kata JAS.

ARTIKEL BERKAITAN: Jerebu: Sri Aman Sarawak catat IPU 367

Saifuddin (tengah) pada Majlis Pertukaran Program Bola Keranjang Malaysia-China di Wisma MABA Kuala Lumpur hari ini.
Saifuddin (tengah) pada Majlis Pertukaran Program Bola Keranjang Malaysia-China di Wisma MABA Kuala Lumpur hari ini.

JAS melaporkan pada 10 pagi hari ini, tiga stesen mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, 32 stesen tahap sederhana dan 28 stesen merekodkan IPU pada tahap tidak sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!