Jualan jimat belanja dapat sambutan

Jualan sayur segar terus dari ladang.
A
A

GUAR CHEMPEDAK - Jualan jimat belanja di Pasar Tani kekal Guar Chempedak mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Pengurus Pasar Tani kekal Guar Cempedak Muhamad Zaidi Hussain berkata, pihaknya mengadakan jualan dengan harga murah ini bagi tujuan menghargai pelanggan yang setia membeli di pasar berkenaan.

Katanya, harga ayam proses yang dijual berharga RM7.30 sebelum ini, dijual dengan harga RM6.50 untuk satu kilogram (kg).

"Harga yang ditawarkan kepada pelanggan memberi penjimatan sebanyak lima hingga 20 peratus daripada harga asal," katanya.

Muhamad Zaidi berkata, selain jualan dengan harga murah, turut diadakan juga jualan terus dari ladang.

"Pelanggan mendapat peluang membeli sayur segar dan berkualiti terus dari ladang," katanya.

"Selain daripada itu, turut diadakan 'free market' iaitu pengunjung boleh mengambil pakaian terpakai secara percuma," katanya.