Jerebu: Johan Setia kekal IPU lebih 200

-Foto Bernama
-Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Johan Setia, Klang, Selangor kekal sebagai satu-satunya kawasan di Semenanjung mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 atau sangat tidak sihat, pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) sehingga jam 8 pagi ini, kawasan itu merekodkan bacaan 211 berbanding 209 pada jam 7 pagi tadi.

Sebanyak 18 stesen pula mencatatkan bacaan tidak sihat antaranya lima kawasan di Selangor iaitu Kuala Selangor (108), Petaling Jaya (136), Shah Alam (133), Klang (125) dan Banting (122), manakala Batu Muda (150) dan Cheras (140) di Wilayah Persekutuan serta Putrajaya (138).

Dua stesen di Kedah iaitu Sungai Petani (104) dan Kulim Hi-Tech (103), Minden (108) dan Balik Pulau (11) di Pulau Pinang, Tasek Ipoh (114) dan Seri Manjung (119) di Perak, Nilai (124) di Negeri Sembilan serta Bandaraya Melaka (101).

Turut merekodkan IPU tidak sihat ialah Tangkak (130) di Johor serta Rompin (145) di Pahang.

Dalam pada itu, 49 kawasan di Semenanjung, Sabah serta Sarawak mencatatkan kualiti udara sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Artikel Berkaitan:

jerebu
jerebu