Lapan kawasan di Semenanjung catat suhu lebih 35 darjah Celsius

Lapan kawasan di Semenanjung Malaysia catat cuaca panas Tahap satu (berjaga-laga). - Foto MetMalaysia
Lapan kawasan di Semenanjung Malaysia catat cuaca panas Tahap satu (berjaga-laga). - Foto MetMalaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap satu (berjaga-jaga) di empat negeri sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut bermula Isnin.

MetMalaysia dalam kenyataan di laman Facebook setakat jam 4.45 petang, memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah, Kelantan, Pahang dan Johor.

Di Kedah kawasan yang mencatatkan cuaca panas Tahap satu ialah Padang Terap; Kelantan (Kuala Krai dan Pasir Mas); Pahang (Pekan, Bera dan Rompin) dan Johor (Segamat dan Muar).

Agensi itu turut memaklumkan cuaca berkenaan boleh mencecah di antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh layari MetMalaysia.