DAP Perak selesai isu dua ADUN peringkat dalaman

Kor Ming (tengah) bersama-sama wakil sekolah yang menerima cek bantuan untuk sekolah-sekolah SMJK di sekitar Ipoh.
Kor Ming (tengah) bersama-sama wakil sekolah yang menerima cek bantuan untuk sekolah-sekolah SMJK di sekitar Ipoh.
A
A
A

IPOH - DAP Perak akan menyelesaikan isu peletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di peringkat dalaman parti.

Pengerusinya, Nga Kor Ming enggan mengulas lanjut perkara itu tetapi memberitahu segala isu dalaman parti hanya akan dibincangkan secara tertutup.

"Terima kasih atas keprihatinan semua. Isu dalaman parti biarlah kami selesaikan di peringkat dalaman parti," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Khas Kepada SMJK Sekitar Ipoh di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ave Maria Convent, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng dan ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih sebagai ahli jawatankuasa DAP Perak semalam.

Semalam, kedua-dua ADUN itu mengumumkan perkara tersebut kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming di akhbar berbahasa Cina berhubung perbincangan dalam Pakatan Harapan mengenai kedudukan Exco Kerajaan Negeri, Paul Yong yang menghadapi pertuduhan merogol pembantu rumah.

Bagaimanapun, Cheok Keng dan Thye Yih masih kekal sebagai ahli DAP serta ADUN kawasan masing-masing.

Sementara itu, Kor Ming yang dihubungi Sinar Harian semalam menafikan membuat kenyataan tersebut.

Menurutnya, kedudukan Paul selaku exco kekal status quo seperti diumumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

ARTIKEL BERKAITAN 2 ADUN DAP Perak letak jawatan dalam parti demi Paul Yong

Artikel Berkaitan: