Ibu tiga anak curi di pasar raya dibebaskan

No Image Caption
A
A
A

PARIT - Ibu tiga anak yang berdepan tuduhan mencuri barang di sebuah pasar raya di Bandar Universiti, Seri Iskandar telah dibebaskan tanpa syarat hari ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, Pejabat Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada pendakwaan dilakukan terhadap wanita berkenaan selepas meneliti kertas siasatan lengkap yang diserahkan pagi tadi.

"Kes ini telahpun selesai dan saya sahkan tiada tuduhan dibuat selepas kertas siasatan lengkap kita majukan pagi ini kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Wanita berkenaan dibebaskan tanpa syarat," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan wanita berusia 31 tahun itu ditahan kerana mencuri beberapa barangan antaranya sabun mandi, dua peket ayam mentah, satu kiub tulang ayam dan serbuk lada hitam yang dianggarkan bernilai hampir RM80.

Wanita itu dikatakan berbuat demikian kerana tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyediakan keperluan makan untuk tiga anaknya masing-masing berusia 4, 6 dan 10 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Mencuri kerana tiada duit beli barang dapur

Artikel Berkaitan: