X

Kindly register in order to view this article
!

Disangka lemas rupanya dah balik rumah

Anggota bomba ketika melaksanakan operasi mencari dan menyelamatkan lelaki yang dilapor terjun di Jambatan Uptown Klang menghala Kota Kemuning petang semalam. Foto: Ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
A
A

SHAH ALAM - Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dilaporkan terjun ke dalam sungai di Jambatan Uptown Klang menghala Kota Kemuning di sini petang semalam dihentikan pagi tadi apabila mangsa ditemui selamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya memberhentikan operasi pada jam 8.30 pagi tadi selepas menerima maklumat tersebut.

Menurutnya, pada jam 7.55 pagi tadi anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dimaklumkan oleh pihak polis bahawa mangsa telah ditemui dan sudah pulang ke rumah.

“Mangsa dan sepupunya ke balai polis pada jam 12 tengah malam tadi untuk memaklumkan kejadian,” katanya.

Terdahulu, seorang lelaki dikatakan terjun ke dalam sungai terbabit sebelum kejadian dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan memakai baju putih lengan pendek dan juga berseluar pendek, bagaimanapun umur tidak dapat dikenal pasti.

Pegawai Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Juyana @ Azlan Musa berkata, sepasukan anggota bomba ke lokasi setelah menerima laporan seorang lelaki terjun ke dalam sungai di lokasi kejadian pada jam 4.13 petang.

Menurutnya, pihaknya turut memohon bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bagi kerja mencari dan menyelamat mangsa.

Katanya, ketika operasi mencari dan menyelamat dijalankan semalam, beliau mendapati tiada kesan naik ke tebing menyebabkan operasi diteruskan sehingga pagi tadi dan dihentikan apabila maklumat terbaru diterima mengatakan mangsa selamat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!