'Semoga ALLAH rahmati pemerintahan Agong' - MB Selangor

Amirudin menzahirkan ucapan selamat dan merafak sembah sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Amirudin menzahirkan ucapan selamat dan merafak sembah sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari menzahirkan ucapan selamat dan merafak sembah sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Semoga ALLAH SWT merahmati pemerintahan KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Tuanku yang memayungi seluruh rakyat Malaysia, Daulat Tuanku," tulis Amirudin melalui lama Twitternya hari ini.

Terdahulu, seramai 146 individu dikurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) termasuklah Pengurus Kanan Jabatan Kewangan dan Akaun Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Sharifah Zaini Syed Zain dan atlet bina badan, Mohd Syahrul Azman Mahen Abdullah sempena Hari Keputeraan baginda.

Tahun ini juga menyaksikan seramai lima individu dianugerahkan Bintang Kesatria Setia Diraja (KSD), 189 Bintang Ahli Mangku Negara (AMN), 291 Pingat Pangkuan Negara (PPN) dan 48 Pingat Bentara Setia Diraja (BSD).

Istiadat penganugerahan itu adalah pertama selepas Sultan Abdullah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh gilang-gemilang di Istana Negara pada 30 Julai lepas.

Artikel Berkaitan: