Kilang cat musnah terbakar

JBPM bersama PBS memadam kebakaran di sebuah kilang cat di Taman Rishah Fasa 3 hari ini. FOTO: JBPM PERAK
JBPM bersama PBS memadam kebakaran di sebuah kilang cat di Taman Rishah Fasa 3 hari ini. FOTO: JBPM PERAK
A
A
A

IPOH - Sebuah kilang cat musnah dalam kejadian kebakaran di Taman Rishah Fasa 3 di sini pagi tadi.

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Khairul Jamil berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 4.14 pagi.

Menurutnya, sepasukan 47 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Meru Raya dan Pasir Puteh serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dan Bercham bergegas ke lokasi kejadian.

"Operasi pemadaman segera dilakukan dengan menggunakan aliran air sehingga api berjaya dikawal pada jam 4.31 pagi.

“Operasi dijalankan dengan penuh berhati-hati apabila berlaku letupan kecil daripada tin-tin aerosol cat terbabit,” katanya hari ini.

Mohd Khairul berkata, kebakaran itu menyaksikan kemusnahan sebanyak 80 peratus pada seluruh struktur bangunan tersebut.

“Kejadian ini tidak melibatkan mangsa. Pemadaman diteruskan sehingga tiada lagi sisa bara. Operasi tamat pada jam 10.25 pagi,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kebakaran berlaku pada jam 4 pagi itu telah memusnahkan 80 peratus struktur bangunan. FOTO: JBPM PERAK
Kebakaran berlaku pada jam 4 pagi itu telah memusnahkan 80 peratus struktur bangunan. FOTO: JBPM PERAK