X

Kindly register in order to view this article
!

Selamatkan Gunung Pulai

Mukhriz bergambar bersama penduduk sambil memegang kain rentang Save Gunung Pulai.
A
A

BALING - Kerajaan Kedah sedia menukar kuari batu kapur yang ingin dijalankan di Gunung Pulai kepada pelancongan, namun perkara itu akan diperhalusi secara mendalam.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, selepas meninjau sendiri, beliau mengakui kawasan Gunung Pulai sememangnya cantik dan indah.

Menurutnya, kerajaan negeri bagaimanapun akan meneliti hujah di antara pihak-pihak terlibat bagi cadangan operasi kuari dan pelancongan sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kami tak boleh putuskan pada hari ini, kami pun tak berkuasa untuk melakukannya.

"Kita kena bangkitkan dalam Mesyuarat Exco untuk dibentangkan kemudian dipertimbangkan setiap faktor dalam hujah kedua-dua pihak dan akhir sekali kita akan membuat keputusan," katanya.

Abd Nasir kiri dan Mukhriz (tengah) meninjau kawasan sekitar gua yang terdapat di Gunung Pulai.
Abd Nasir kiri dan Mukhriz (tengah) meninjau kawasan sekitar gua yang terdapat di Gunung Pulai.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika bertemu penduduk sekitar Gunung Pulai di kaki gunung berkenaan semalam.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri memberikan jaminan membuat keputusan kerana isu berkenaan telah berlarutan lama.

"Saya ingin memberikan jaminan, kami tetap akan membuat keputusan, tidak akan gantung perkara ini sebab dah lama sangat.

"Benda ini pun tertanguh-tangguh, saya ingat sudah tiga, empat kerajaan. Mai kerajaan hari ini pun kami mewarisi isu sama. Kami harap dapat mencapai keputusan yang sekurang-kurangnya boleh diterima majoriti daripada kita," katanya.

Menurutnya, perkara menjadi pertimbangan dan akan diutamakan kerajaan negeri ialah kepentingan penduduk tempatan.

"Kita nak fikirkan mengenai masyarakat tempatan, apa yang terbaik bagi mereka. Jika tuan-tuan rasakan ada nilai di sebalik kuari batu kapur yang boleh dimanfaatkan masyarakat setempat, maka itu akan kami ambil kira.

"Tetapi jika tuan-tuan rasakan bahawa ada nilai boleh diraih melalui aktiviti pelancongan, itu juga akan kami ambil kira," katanya.

Mukhriz (tengah) bergambar bersama jawatankuasa Save Gunung Pulai.
Mukhriz (tengah) bergambar bersama jawatankuasa Save Gunung Pulai.

Mukhriz mengakui setakat ini kerajaan negeri belum menerima cadangan menjadikan kawasan Gunung Pulai sebagai kawasan pelancongan.

Sebaliknya beliau berkata, cadangan yang ada hanya daripada pihak Yiked Holding Sdn Bhd untuk melaksanakan operasi kuari batu kapur.

"Jika ada mana-mana pihak yang ingin mencadangkan atau mengesyorkan satu perancangan yang menyeluruh.

"Yang boleh memberikan gambaran mengenai apa aktiviti pelancongan boleh dilakukan di sini, siapa nak lakukan, berapa banyak belanja dan apa pula pendapatan boleh dijana khususnya kepada masyarakat setempat, itu akan kami pertimbangkan secara positif," katanya.

Mukhriz (tengah) meninjau sendiri Gunung Pulai semalam.
Mukhriz (tengah) meninjau sendiri Gunung Pulai semalam.

Terdahulu, Mukhriz menghabiskan masa selama kira-kira tiga jam meninjau kawasan sekitar Gunung Pulai termasuk lokasi bakal dijadikan operasi batu kapur.

Turut hadir ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria, ADUN Kupang, Brigadier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, ADUN Bayu, Abd Nasir Idris, Pengerusi Yiked Holdings, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan beberapa Exco Kedah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf