Lesen bauksit hanya dikeluarkan oleh kerajaan Pahang

Xavier meluangkan masa melawat kandang gajah selepas merasmikan Sambutan Hari Gajah Sedunia di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di sini hari ini.
Xavier meluangkan masa melawat kandang gajah selepas merasmikan Sambutan Hari Gajah Sedunia di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di sini hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Pengeluaran lesen menjalankan semula aktiviti perlombongan bauksit di negeri akan ditentukan oleh kerajaan Pahang.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar berkata, pemohon yang berminat dalam aktiviti berkenaan perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Kita dah buka semula permohonan cuma sekarang ini mereka yang berminat kena mohon untuk mendapatkan kelulusan dahulu.

"Mereka semua perlu ikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Hari Gajah Sedunia di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji; Ketua Setiausaha Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli, Datuk Zurinah Pawanteh dan Ketua pengarah Jabatan perlindungan hidupan liar dan taman negara, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Kelmarin, beliau mengumumkan SOP berkaitan perlombongan bauksit sudah dimuktamadkan selepas mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Putrajaya.

Bagaimanapun, setakat ini, Wan Rosdy belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan SOP terbabit dan kaedah yang perlu diikuti operator lombong untuk menjalankan aktiviti perlombongan bauksit di Pahang.

Artikel Berkaitan: