Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$103.5 bilion pada 30 Ogos

No Image Caption
A
A
A

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$103.5 bilion (AS$1=RM4.185) pada 30 Ogos, 2019 berbanding AS$103.1 bilion pada 15 Ogos, 2019.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing sebanyak AS$97.1 bilion, kedudukan rizab IMF (AS$1.2 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.8 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).

Ia berkata aset termasuk emas dan tukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR, berjumlah RM428.70 bilion, kertas Kerajaan Malaysia (RM2.26 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM279.19 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM6.89 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset lain (RM14.76 bilion).

Modal dan liabiliti lain meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM142.61 bilion), mata wang dalam edaran (RM109.35 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM153.93 billion), deposit kerajaan persekutuan (RM17.12 bilion), deposit lain (RM2.49 bilion), kertas Bank Negara (RM20.87 bilion), peruntukan SDR (RM7.72 bilion), dan liabiliti lain (RM2.85 bilion). - Bernama

Artikel Berkaitan: