Susur masuk AKLEH ditutup sementara

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Susur masuk Jalan Tun Razak Utara (JTR 4) dan susur keluar Jalan Kerja Air Lama (JKAL) di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) akan ditutup sementara bagi memberi laluan kerja penurapan jalan.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menerusi satu kenyataan berkata, susur keluar di JKAL akan ditutup mulai jam 9.30 malam Jumaat ini hingga 7.30 pagi Sabtu.

Menurut kenyataan itu, pengguna perlu menggunakan laluan alternatif ke Jalan Kerja Air Lama menerusi susur keluar Jalan Memanda 9.

“Susur masuk JTR pula akan ditutup bermula jam 9.30 malam Sabtu hingga 7.30 pagi Ahad ini.

“Pengguna ke Ampang menerusi Jalan Tun Razak Utara boleh melakukan pusingan U di Bulatan Pahang dan seterusnya menghala Jalan Tun Razak Selatan,” tulis kenyataan itu.

Pengguna AKLEH boleh mengikuti maklumat trafik terkini di Twitter - @AKLEHtrafik, layari laman web www.prolintas.com.my atau hubungi talian bebas tol 1-300-88-1012.

Artikel Berkaitan: