X

Kindly register in order to view this article
!

Taiping dipilih Bandar Mesra Usia pertama di Asia Tenggara

Lukisan mural memaparkan imej Amelia Mary Earhart sebagai penerbang wanita pertama di dunia terbang secara solo di Lautan Atlantik dan pernah singgah di Padang Terbang Tekah, Taiping diabadikan di dinding sebuah bangunan dua tingkat di Jalan Abdul Jalil, Taiping. Gambar kecil, Borhan Abdul Halim.
A
A

TAIPING - Bandar Taiping terus mencipta sejarah apabila sekali lagi dipilih sebagai satu-satunya Bandar Mesra Usia di rantau Asia Tenggara selepas kejayaan dianugerahkan bandar ketiga antara 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Borhan Abdul Halim, berkata, penarafan itu bakal menjadikan Taiping sebagai bandar dihiasi persekitaran mesra kanak-kanak, warga tua, dan orang kurang upaya sekali gus meningkatkan jumlah pelabur kawasan itu.

Menurutnya, penarafan ini akan disempurnakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) setelah MPT berjaya melaksanakan pelbagai kriteria penting digariskan pertubuhan itu bagi mencapai taraf bandar mesra usia dalam tempoh lima tahun.

"Selain itu, lebih RM1 juta dibelanjakan dalam proses kajian dilakukan MPT sejak dua tahun lalu menerusi geran daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDPP).

“Penarafan ini bukan sahaja membuatkan Taiping dikenali di mata dunia malah bandar ini akan turut diiktiraf sebagai “bandar orang pencen” yang dapat menarik golongan pesara untuk menetap di bandar ini sekali gus menarik pelabur luar,” katanya kepada media selepas majlis mesyuarat penuh bulanan MPT di Wisma Perbandaran Taiping di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Penuh Bulanan MPT di Wisma Perbandaran Taiping, di sini, hari ini.

Borhan berkata, majlis pelancaran penarafan Bandar Mesra Usia akan disempurnakan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 30 September ini di sebuah hotel di sini.

Dalam perkembangan lain, Borhan mendedahkan kewujudan sebuah lukisan mural terbaharu di Taiping memaparkan seorang perintis penerbangan wanita solo pertama mengelilingi dunia, Amelia Mary Earhart berjaya disiapkan dalam tempoh sembilan hari oleh pelukisnya, Datuk Chen Teck Meng.

Menurutnya, lukisan mural itu turut disiapkan bersama seorang pembantu, Khok Chai Yong pada sebuah dinding bangunan kedai dua tingkat di Jalan Abdul Jalil, bersebelahan Hospital Taiping.

"Kewujudan lukisan mural baharu berukuran 3,780 kaki persegi bukan sahaja terbaharu, bahkan menjadi terbesar dalam Taiping berbanding lukisan mural lain.

"Lukisan mural pada dinding-dinding bangunan di bandar ini mula diperkenalkan sejak tahun 2015 dan sehingga kini terdapat tidak kurang daripada sepuluh mural dalam bandar Taiping sahaja.

"Kos menyiapkan mural adalah bernilai RM280,000 dan ditaja sepenuhnya oleh sebuah syarikat swasta dari Kuala Lumpur,"katanya.

Borhan, pemilihan imej Amelia untuk lukisan mural adalah bagi menghargai kejayaan wanita itu yang menerima gelaran sebagai penerbang wanita pertama terbang secara solo di Lautan Atlantik.

"Pada 1 Jun 1937, Amelia berlepas dari Miami, Florida bersama pembantu navigasi, Fred Noonan dengan pesawat twin-engine Lockheed Electra iaitu dalam menyempurnakan misi penerbangan mengelilingi dunia secara solo.

"Dalam perjalanan beliau, Amelia telah berhenti di beberapa tempat untuk mengisi bahan bakar termasuk di Padang Terbang Tekah, Assam Kumbang iaitu antara lapangan terbang tertua di Malaysia sebelum disahkan hilang di tengah-tengah Lautan Pasifik," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!