X

Kindly register in order to view this article
!

Gadis berkaki palsu mahu jadi arkitek

Ezarozini (kanan) sentiasa memberi semangat kepada anaknya, Elia Nurul Syahida dan gambar kanan, keadaan Eila Nurul Syahida yang terpaksa memakai kaki palsu untuk teruskan rutin hariannya.
A
A

SKUDAI - [DIKEMASKINI] Tragedi kemalangan yang dialami pada 19 september tahun lalu telah mengubah kehidupan Elia Nurul Syahida Nasruddin 360 darjah.

Ini berikutan, gadis berusia 23 tahun itu kehilangan sebahagian kaki kanannya dan kini terpaksa memakai kaki palsu untuk meneruskan rutin harian seperti manusia biasa.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menjadi halangan kepadanya untuk mengejar cita-cita menjadi seorang arkitek yang berjaya.

Elia Nurul Syahida merupakan salah seorang pelajar yang mendaftar sebagai pelajar baru di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi sesi 2019/2020 dalam program Sarjana Muda Senibina Landskap.

Menurutnya, dia sangat bersyukur diterima masuk ke universiti berkenaan untuk meneruskan pengajian bagi menggapai cita-citanya.

"Saya sedar cabaran besar akan menanti sebagai pelajar kurang upaya, namun saya sentiasa positif demi masa hadapan.

"Biasalah, bila berkenaan begini, pasti ada yang memandang.

"Tetapi, pada saya itu tidak menjadi halangan," katanya yang pernah menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Rehabilitasi Cheras selama sebulan bermula Oktober 2018 serta latihan kaki palsu selama tiga bulan bermula Januari lepas.

Sementara itu, ibu Elia Nurul Syahida, Ezarozini Hamzah, 47 memberitahu, anaknya adalah seorang anak yang sangat tabah.

"Ini kerana pada awal kes kemalangan tersebut, Elia Nurul Syahida tidak meratapi keadaan fizikal malah sentiasa positif demi masa depannya.

"Saya sentiasa memberi dorongan dan semangat kepadanya untuk mencapai cita-citanya. Segala yang berlaku pasti ada hikmah," katanya yang memberitahu berasal dari Segamat.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!