X

Kindly register in order to view this article
!

Rusuhan di kompleks sukan: Polis minta Farhash tampil

Fadzil
A
A

KUALA LUMPUR - Polis meminta Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak tampil membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan yang berlaku dekat sebuah kompleks sukan di Ampang, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Farhash Wafa, 37, dipercayai merupakan seorang suspek yang terlibat dalam satu insiden mendatangkan kecederaan terhadap seorang individu lelaki tempatan.

“Dalam kejadian berlaku pada 31 Ogos jam 9 malam itu, satu kejadian rusuhan bersenjata telah berlaku yang melibatkan seramai lebih 12 lelaki tempatan.

“Kejadian dipercayai bermula apabila suspek terserempak dengan mangsa dan menolak mukanya sehingga berlakunya satu kekecohan. Pihak pengurusan kompleks bagaimanapun meminta suspek dan mangsa supaya beredar,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan, di sini hari ini.

Menurut Fadzil, mangsa telah pergi ke tempat letak motosikal di luar kompleks sukan berkenaan dan didatangi 10 lelaki yang menyerangnya.

“Mangsa telah diserang dengan topi keledar, pisau dan kerusi. Tiga rakan mangsa cuba meleraikan insiden itu namun gagal,” katanya.

Katanya, sehubungan itu, mangsa telah mengalami kecederaan koyak di bahagian tisu pinggang dan luka anggota badan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus