Pusat pemeriksaan UPSR tidak tutup

Abu Bakar Sahari
Abu Bakar Sahari
A
A
A

JASIN - Calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Redan dan berdekatan boleh menduduki peperiksaan itu sebagaimana dijadualkan esok.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, keputusan itu dibuat setelah polis memaklumkan pencemaran gas ammonia yang berlaku tidak melibatkan kawasan luar kilang pemprosesan ayam termasuk kawasan berdekatan.

Menurutnya, perkembangan itu sekali gus menolak dakwaan segelintir pihak di media sosial bahawa sekolah berkenaan ditutup, sedangkan sekolah akan beroperasi seperti biasa.

"Pihak polis telah memaklumkan kawasan sekolah bebas daripada sebarang pencemaran gas.

"Cuma pagi tadi, kita mengambil tindakan untuk murid-murid pulang awal sebagai langkah keselamatan dan ia juga atas nasihat serta arahan pihak bomba," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan seramai 120 murid Sekolah Kebangsaan Paya Redan diarahkan pulang awal selepas berlaku insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang pemprosesan ayam.

Abu Bakar Sahari berkata, arahan mengosongkan bangunan itu dikeluarkan serta-merta oleh pihak bomba setelah insiden itu berlaku lebih kurang jam 11.30 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Gas Amonia bocor: 120 murid SK Paya Redan diarah pulang

Artikel Berkaitan: