Gas amonia bocor: 120 murid SK Paya Redan diarah pulang

Keadaan luar kilang pemprosesan ayam itu setelah berlaku insiden kebocoran gas ammonia.
Keadaan luar kilang pemprosesan ayam itu setelah berlaku insiden kebocoran gas ammonia.
A
A
A

JASIN - Seramai 120 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Redan diarahkan pulang selepas berlaku insiden kebocoran gas ammonia di sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam di sini pagi tadi.

Pengarah Pendidikan Johor, Datuk Abu Bakar Sahari berkata, arahan mengosongkan bangunan itu dikeluarkan serta merta oleh pihak bomba setelah insiden itu berlaku lebih kurang 11.30 pagi.

"Difahamkan lebih kurang jam 12.30 tengah hari sekolah telah mengambil tindakan meminta ibu bapa mengambil anak masing-masing atas faktor keselamatan.

"Setakat ini belum ada sebarang arahan sekolah yang terletak kira-kira 1.5 kilometer (km) dari kilang tersebut ditutup esok.

"Ia bergantung kepada laporan polis sama ada kawasan itu telah bebas dari sebarang pencemaran gas berbahaya itu atau sebaliknya," katanya.

Salah seorang pekerja yang terhidu gas sedang mendapatkan rawatan.
Salah seorang pekerja yang terhidu gas sedang mendapatkan rawatan.

Difahamkan sembilan pekerja kilang berkenaan termasuk enam perempuan dan tiga lelaki telah dikejarkan ke hospital dipercayai mengalami sesak nafas akibat terhidu gas beracun.

Tinjauan mendapati anggota penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam, bomba, pegawai perubatan Hospital Jasin serta Polis Diraja Malaysia masih berada di lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, keadaan juga masih terkawal dan beberapa pekerja kilang termasuk warga asing berada di luar bangunan tersebut.

Salah seorang pekerja yang terhidu gas diberi rawatan.
Salah seorang pekerja yang terhidu gas diberi rawatan.