Kenal pasti pokok 'sakit' tepi jalan, elak risiko tumbang

PBT di Negeri Sembilan diarah kenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutamanya di kawasan tanah persendirian. Foto hiasan (Gambar kecil: Arul Kumar)
PBT di Negeri Sembilan diarah kenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutamanya di kawasan tanah persendirian. Foto hiasan (Gambar kecil: Arul Kumar)
A
A
A

SEREMBAN - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutamanya di kawasan tanah persendirian.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, ia susulan ada kemalangan berlaku sebelum ini disebabkan pokok tumbang di beberapa kawasan termasuk di Seremban.

"Memang betul kes berlaku libatkan tanah persendirian, saya telah minta PBT, jika ada pokok berisiko di tepi jalan utama dan di kawasan perumahan yang memang ada tanah persendirian di sebelah itu, perlu kenal pasti.

"Kita akan hantar notis kepada pemilik tanah tersebut supaya tindakan diambil dan jika sebaliknya kita akan kaji untuk ambil tindakan undang-undang terhadap mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan lisan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini pada Rabu.

Ujarnya, meminta PBT untuk kenal pasti sebelum berlaku apa-apa pada masa akan datang.

Beliau menjawab soalan celahan Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PN-Paroi) yang ingin tahu tindakan kerajaan negeri terhadap pokok berisiko yang berada di kawasan tanah persendirian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: