X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

MBIP nafi tolak permohonan tapak

Kogilavani (tengah) bersama sebahagian ahli persatuannya yang menuntut MBIP menjelaskan penolakan permohonannya.
A
A

JOHOR BAHRU - Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) menafikan pihaknya menolak permohonan tapak dibuat Persatuan Kepolisan Komuniti Taman Nesa pada Mac lalu sebagaimana dakwaan pengerusinya, S Kogilavani.

Datuk Bandar, Datuk Adib Azhari Daud berkata, pihaknya memberikan keputusan menyokong bersyarat terhadap permohonan tersebut, 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya terdapat keputusan lain daripada itu, perkara berkenaan bukan dalam pengetahuan pihaknya.

"MBIP menafikan telah mengeluarkan surat kepada Kogilavani pada Mac 2019 sebagaimana dimaklumkan kepada pihak media.

"MBIP juga tidak mengetahui keputusan yang telah diterima dan berhubung mana-mana jabatan teknikal yang tidak menyokong permohonannya.

"Sehingga kini, tiada rekod surat menyurat dikeluarkan MBIP kepada pemohon atau agensi lain berkaitan hal ini selagi urusan permohonan tanah di Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru (PTDJB) tiada keputusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Kogilavani menuntut MBIP atau Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru (PTDJB memberi penjelasan susulan penolakan permohonan tapak di Taman Nesa yang dibuat sejak 2016 selepas diluluskan dengan 12 syarat tahun lalu.

Beliau mendakwa permohonan tapak untuk dijadikan pangkalan pengoperasian persatuan telah ditolak beberapa kali dengan alasan terakhir berkait perkara teknikal, Mac lalu.

Dalam pada itu, Adib Azhari berkata pada 29 Ogos 2018, pihak MPJBT (nama sebelum MBIP) meminta pemohon membuat permohonan ke PTDJB susulan tanah dimaksudkan berstatus tanah kerajaan rizab untuk lapangan letak kereta yang terhasil daripada pembangunan Taman Nesa belum diwartakan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!