Aroma segar sate limau purut cetus kelainan

Ahmad Tamin (kiri) dan Che Azmawi menunjukkan ramuan dan sate yang sedia dijual kepda pelanggan.
Ahmad Tamin (kiri) dan Che Azmawi menunjukkan ramuan dan sate yang sedia dijual kepda pelanggan.
A
A
A

KOTA BHARU - Sate limau purut? Kedengaran pelik tetapi nanti dulu, jangan katakan tidak sebelum anda mencubanya.

Sesudah cuba nanti jangan hairan pula kiranya anda mampu menghabiskan lebih daripada 10 cucuk dalam keadaan santai-santai bersahaja.

Inovasi resipi tradisional sate ayam dan daging, dengan mengadunkan air perahan limau purut serta daun hirisan limau purut ke dalam rempah perapan sate ini dicetuskan dua sahabat karib, Ahmad Tamin Abdullah, 34, dan Che Azmawi Che Seman, 40.

Ahmad Tamin (kiri) dan Che Azmawi nenunjukkan pes sate limau purut yang diperap sebelum dibakar.
Ahmad Tamin (kiri) dan Che Azmawi nenunjukkan pes sate limau purut yang diperap sebelum dibakar.

Ahmad Tamin berkata, Gerai Sate Limau Purut mereka yang terletak di tepi Jalan Sultan Yahya Petra berjaya menarik pelanggan yang suka akan aroma sate menyegarkan itu.

Katanya, ramai pelanggan yang datang kali pertama mencuba sate ini akan datang kembali dan membeli dalam jumlah yang banyak, berikutan sate daripada aroma limau purut ini membuatkan si penggemar sate tidak cepat muak.

Pelanggan yang menjamu selera tidak sedar sudah menghabiskan lebih 10 cucuk dalam satu-satu masa.
Pelanggan yang menjamu selera tidak sedar sudah menghabiskan lebih 10 cucuk dalam satu-satu masa.

“Kalau sate biasa akan ada rasa manis-manis dan sate limau purut ini pun manis tetapi uniknya apabila dimakan, kita tidak akan berasa puas.

Artikel Berkaitan:

“Kami sendiri teruja dengan rasa unik, sedap dan lazat yang terhasil daripada kombinasi rempah sate limau purut ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Menceritakan bagaimana mereka dapat menghasilkan rasa sate yang enak itu, katanya mereka menghabiskan lebih daripada 10 kilogram daging ayam dalam uji kaji bagi mendapatkan kemuncak keserasian dan keseimbangan rasa sate limau purut tersebut.

Hidangan sate limau purut bersama bawang, timun dan tomato dicicah dengan kuah kacang pedas.
Hidangan sate limau purut bersama bawang, timun dan tomato dicicah dengan kuah kacang pedas.



Cara membakar sate menggunakan arang menambahkan rasa enak saye berkenaan.
Cara membakar sate menggunakan arang menambahkan rasa enak saye berkenaan.

“Sebut sahaja limau purut, sudah semestinya umum terbayangkan rasa yang masam manakala bahagian daun pula sudah tentu pahit dan kelat.

“Dalam sate kami ketiga-tiga rasa masam, pahit dan kelat ini seolah-olah hampir tidak dapat dikesan, sebaliknya anda akan berasa tidak puas untuk terus memakannya lagi dan lagi,” katanya.

Ahmad Tamin berkata, perniagaan sate limau purut tersebut sudah diusahakan secara dalam talian sejak setahun lalu dan mula membuka gerai dengan menyewa di tapak Restoran Che Ana, Jalan Sultan Yahya Petra di sini sejak tiga minggu lalu.

Sate yang diperap dengan pes limau purut berbau wangi sebelum dibakar di atas api arang.
Sate yang diperap dengan pes limau purut berbau wangi sebelum dibakar di atas api arang.

“Ketika ini buat permulaan kami menjual sate ayam dengan harga 90 sen secucuk manakala sate daging lembu pula berharga RM1 secucuk.

“Pada Hari Raya Aidiladha yang lalu kami menerima tempahan sehingga 25,000 cucuk sate dari seluruh Kelantan. Selepas ini kami akan menambah menu itik serati dan kambing berikutan mendapat permintaan daripada pelanggan,” katanya.

Sate ayam dan daging menjadi pilihan pelanggan mengikut selera masing-masing.
Sate ayam dan daging menjadi pilihan pelanggan mengikut selera masing-masing.



Kanak-kanak antara pengemar sate limau purut.
Kanak-kanak antara pengemar sate limau purut.

Sementara itu, Che Azmawi berkata, resipi tradisional asal diperolehi daripada ibunya, Sasiah Che Omar, 62, sebelum diolah oleh isterinya dengan resipi sate limau purut sehingga menjadi pes untuk perapan.

“Daging lembu dan ayam itu terlebih dahulu akan diperap ke dalam pes hingga rasanya meresap sebelum dibakar dan dihidangkan bersama kuah kacang yang turut sama dihasilkan sendiri.

“Bukan sahaja pes perapan malahan kuah kacangnya juga ada dimasukkan daun limau purut dan diadun dengan rasa yang lebih pedas,” katanya yang menerima respon positif daripada pelanggan terhadap rasa satenya itu.

Che Azmawi (kiri) bersama pekerjanya membakar sate yang ditempah pelanggan.
Che Azmawi (kiri) bersama pekerjanya membakar sate yang ditempah pelanggan.

Dalam pada itu, seorang pelanggan Rosalwani Che Soh, 39, berkata, dia pertama kali mencuba sate tersebut dan sememangnya berbeza dengan sate-sate yang dimakan pada kebiasaannya.

“Sate ini dimakan tidak masam sebaliknya aroma limau purut itu pula yang membangkitkan rasa segar. Saya sendiri tanpa sedar mampu habiskan 10 cucuk seorang kerana rasanya yang tidak muak.

“Sate ini juga boleh dibeli dalam bentuk sejuk beku selain turut menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan dengan minimum 20 cucuk di sekitar Kota Bharu,” katanya.