Jangan biar ritual pelik terus tersebar, elak akidah terpesong

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

TULAR di media sosial pada Rabu mengenai rakaman yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang berzikir di makam Tok Kenali dengan kaedah luar dari kebiasaan.

Melihat rakaman tersebut, perbuatan berkenaan jelas bukan ajaran ulama terkenal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Lebih dikhuatiri, ritual itu dilakukan oleh lebih daripada 10 orang lelaki dengan pergerakan sedikit melompat sambil berzikir.

Perbuatan ini jelas mendatangkan rasa kurang selesa dalam kalangan orang ramai terutama umat Islam, malah turut mendapat perhatian daripada mufti.

Selain isu berkenaan, tular juga isu bacaan doa dalam satu program yang diadakan dalam upacara keagamaan orang bukan Islam.

Perkara itu berlaku dalam satu program pecah tanah di ibu kota, baru-baru ini.

Dalam situasi ini, institusi agama Islam perlu memainkan peranan dan bertindak pantas agar unsur-unsur yang menyalahi pandangan hukum atau fatwa berkaitan dapat dihalang dari terus berleluasa.

Sama seperti fahaman yang diasaskan Suhaini Mohammad atau Si Hulk, perkara ini perlu diberi perhatian supaya tidak berterusan mempengaruhi umat Islam di negara ini.

Artikel Berkaitan:

Jangan biarkan perbuatan yang di luar kebiasaan kita sebagai umat Islam terus disebarkan, bimbang akan memesongkan akidah.