X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Dua 'anggota bomba' cilik curi tumpuan

Mohd Arif bersama adiknya, Kasih bergambar dengan anggota TLDM di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
A
A

JOHOR BAHRU - Dua beradik dari Taman Desa Mutiara mencuri tumpuan selepas aksi mereka lengkap beruniform bomba bergambar dengan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang membuat persembahan pancaragam.

Mohd Arif Farhan Mohd Firdaus, 8 dan adiknya, Kasih Nur Laila, 6 rupa-rupanya peminat setia pasukan bomba hingga pernah dihadiahkan uniform lengkap oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, tahun lalu.

Begitu bersemangat mahu menyaksikan kontinjen-kontinjen perbarisan, dua beradik ini bangun dan bersiap awal pagi supaya tidak terlepas detik bersejarah negara.

Ibu mereka, Norfarah Fuad, 30 berkata sejak tiga tahun kebelakangan ini, mereka sekeluarga tidak terlepas menyaksikan sambutan hari kemerdekaan.

Mohd Arif bersama Kasih, Norfarah dan bapanya, Mohd Firdaus serta adik bongsunya, Mohd Amirul Farhan, 3 tahun ketika menghadiri sambutan hari kemerdekaan di Dataran Bandaraya Johor Bahru, hari ini.
Mohd Arif bersama Kasih, Norfarah dan bapanya, Mohd Firdaus serta adik bongsunya, Mohd Amirul Farhan, 3 tahun ketika menghadiri sambutan hari kemerdekaan di Dataran Bandaraya Johor Bahru, hari ini.

"Memang mereka nak sangat datang jadi kami penuhi permintaan mereka. Uniform ini pun bukan kami suruh atau paksa tapi memang mereka nak pakai.

"Pada saya ini sebagai tanda sokongan dan berbangga dengan pasukan bomba yang banyak berkorban untuk kita jadi apa salahnya mereka pakai," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Dataran Bandaraya Johor Bahru, semalam.

Katanya, Mohd Arif menunjukkan minat terhadap pasukan bomba hingga 'memaksa' bapanya, Mohd Firdaus Mohd Yusof 32 mengekori jentera bomba, 'Fire Rescue Tender' (FRT) yang dalam perjalanan ke Balai Bomba Larkin beberapa tahun lalu.

"Sejak itu memang setiap hari lah mereka ajak ke balai. Alhamdulillah anggota bomba di sana sangat mesra layan karenah kami sekeluarga.

Mohd Arif sempat diberi peluang mencuba alat muzik.
Mohd Arif sempat diberi peluang mencuba alat muzik.

"Sekarang dah tiga tahun kami hadiri sambutan Hari Bomba peringkat kebangsaan. Pertama di Perak, tahun lepas di Negeri Sembilan dan tahun ini di Kuala Lumpur," katanya.

Menurut Norfarah, sejak meminati pasukan bomba kedua-dua anaknya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Taman Daya 2 itu lebih berdisiplin dalam kehidupan seharian meskipun masih kecil.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!