Tanah terbiar untuk belia ceburi bidang pertanian: Aminuddin

Menteri Besar melawat gerai usahawan yang terlibat dengan Karnival Industri Asas Tani (IAT) 2019 yang diadakan di perkarangan Pasaraya Mydin Senawang semalam.
Menteri Besar melawat gerai usahawan yang terlibat dengan Karnival Industri Asas Tani (IAT) 2019 yang diadakan di perkarangan Pasaraya Mydin Senawang semalam.
A
A
A
SEREMBAN - Bagi mengalakkan golongan muda menceburi bidang pertanian, kerajaan negeri bersedia untuk membenarkan pengunaan mana-mana tanah terbiar bagi tujuan tersebut.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tanah terbiar yang bersesuaian boleh diusahakan dengan menanam tanaman yang boleh mendatangkan hasil serta memberi keuntungan kepada mereka.

"Kita membenarkan anak-anak muda yang ingin menceburkan diri dalam bidang pertanian tetapi tidak ada tanah, boleh mengunakan mana-mana tanah terbiar yang bersesuaian, dengan membuat permohonan.

"Kalau boleh kita mahu galakkan golongan muda terlibat dalam bidang pertanian kerana pulangannya dilihat sangat besar, malah ada beberapa produk di negeri ini dieksport ke Singapura seperti nangka madu, jagung manis dan tebu.

"Sekarang ini jagung manis Kuala Pilah kita antara yang termanis di Malaysia, disebabkan faktor cuaca dan tanah yang baik, jadi kita mahu galakkan anak-anak muda menanam jagung bagi membolehkan kita mengekport ke pasaran luar dengan jumlah yang lebih besar, dan saya yakin dengan bantuan pemasaran oleh Fama nanti pengusaha kita akan dapat pulangan yang lumayan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program perasmian Karnival Industri Asas Tani (IAT) 2019 yang diadakan di perkarangan Pasaraya Mydin Senawang semalam.

Hadir sama Pemangku Ketua Pengarah Fama, Zainal Abidin Yang Razalli dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Bakri Sawir.

Katanya, terdapat enam pengusaha dari negeri ini yang berjaya memasarkan produk mereka ke pasaran Singapura, dan berharap jumlah tersebut terus meningkat pada masa akan datang.

Karnival IAT 2019 yang berlangsung sehingga Ahad ini terdiri daripada 85 usahawan dengan anggaran nilai jualan sehingga RM500,000.

Artikel Berkaitan: