Lagi kes pandu lawan arus di lebuhraya

Rakaman video tindakan individu yang memandu lawan arus tular di media sosial.
Rakaman video tindakan individu yang memandu lawan arus tular di media sosial.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Polis sedang mengesan individu yang memandu secara melawan arus yang didakwa berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, malam tadi.

Semalam, satu rakaman video berdurasi 9 saat itu memaparkan tindakan individu yang memandu kenderaan yang tidak dikenal pasti menuju ke arah selatan pada waktu malam telah tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Zahiri Hassan berkata, pihaknya telah bekerjasama dengan pihak PLUS untuk mengesan kenderaan itu menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Sehingga kini, kita tidak menerima sebarang laporan mahupun maklumat mengenai kes tersebut malah, lokasi sebenar kejadian itu masih belum dikenal pasti sama ada di Kuala Kangsar atau tempat lain.

"Setakat ini, tiada petunjuk lagi sama ada jenis kenderaan, waktu kejadian dan lokasi sebenar namun, kita mencuba pelbagai kaedah untuk mengesan kenderaan itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: