Penoreh getah ditemui mati dalam kebun

No Image Caption
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang penoreh ditemui mati di kawasan kebun getah di Kampung Batang Bergedik, Gual Ipoh kelmarin.

Mangsa Mohd Hanafi Rosli, 29, dijumpai keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran motosikal miliknya dalam kebun itu.

Mohd Hanafi dikatakan tidak pulang ke rumah selepas beberapa jam keluar menoreh.

Bimbang dengan keadaan mangsa, keluarga keluar mencarinya sehingga menemui mangsa di kawasan kebun getah itu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan didapati mangsa mengalami masalah jantung.

Menurutnya, mangsa sebelum ini ada mengadu mengalami sakit-sakit di bahagian dada, namun masih mampu melakukan kerja.

"Kita klafikasikan kes ini sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan: