Ops Gegar tahan 34 warga Thailand

Kira-kira 34 warga Thailand ditahan dalam Ops Gegar di Langkawi, dekat sini semalam.
Kira-kira 34 warga Thailand ditahan dalam Ops Gegar di Langkawi, dekat sini semalam.
A
A
A

LANGKAWI - Seramai 34 warga Thailand termasuk seorang pondan ditahan dalam Ops Gegar dilakukan Jabatan Imigresen Kedah di dua buah pusat hiburan, di sini semalam.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 65 individu daripada pelbagai warganegara dalam operasi bermula jam 3 pagi itu.

Menurutnya, daripada jumlah itu seramai 34 warga Thailand termasuk seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita berusia antara 21 hingga 58 tahun ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan.

"Berdasarkan siasatan awal mereka ditahan kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Perkara 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

"Kesemua mereka disyaki bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan di pusat hiburan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuhair berkata, tiga lelaki tempatan turut dikeluarkan saman saksi bagi membantu siasatan.

Menurutnya, mereka ditahan di lokap Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Alor Setar sebelum diserahkan ke Depot Imigresen Belantik, Sik.

Artikel Berkaitan: