Jangan guna tulisan jawi pada produk bukan Muslim

Hanafi
Hanafi
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menyarankan agar pengeluar bukan Islam tidak menggunakan tulisan jawi pada mana-mana pembungkusan produk mereka.

Ketuanya, Hanafi Zulkapli berkata, saranan itu dibuat susulan daripada penentangan pihak berkenaan terhadap perancangan kerajaan bagi memperkenalkan tulisan jawi dalam kurikulum Tahun Empat untuk sekolah vernakular.

Menurutnya, pihak terlibat juga boleh mengadakan demo bantahan kepada semua pengeluar bukan Islam lain untuk membatalkan penggunaan tulisan jawi pada produk keluaran mereka selepas ini.

"Kalian nampaknya kini semakin jelas dan bersuluh menentang tulisan jawi, justeru saya mohon secara terhormat untuk kalian tidak menggunakannya di atas produk kalian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) turut menggesa kerajaan membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan jawi pada pembungkusan produk bukan Islam.

Presidennya, Datuk Nazilah Idris berkata, tulisan jawi yang disalah guna akan mengelirukan pengguna kepada status halal sesuatu produk.

Mengulas lanjut, Hanafi berkata, kaum Melayu dan bukan Melayu Muslim perlu bersepakat bagi mengutamakan pembelian produk pengeluar Islam bermula daripada pengilang, pemborong, peruncit dan pembeli.

"Jika kesepakatan ini berlaku dan ada hubungan yang baik dalam aktiviti jual beli maka kita akan ada kekuatan.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, gerakkan juga aktiviti yang boleh membawa keuntungan kepada Melayu dan bukan Melayu Muslim di negara kita dalam bentuk sistem pengeluaran produk berkualiti dengan harga mampu beli," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Jika tiada sijil halal, jangan salah guna tulisan jawi'